Thursday, November 25, 2010

erti cuti~~

alahai...bila da cuti ni xtau pula nak buat apa...asyik makan, tidur, tgk tv je...macam tak ada aktiviti lain kan~~huhu..namun kan, tanpa sedar semua ni la aktiviti yang menjadi impian masa duk tgah study, nak exam..tapi bila tiba saatnya,macam bosan lak..
tapi rasanya tak ada la bosan sangat kan..sekurang2nya saya dekat dengan family,10orang insan yang mempunyai ikatan kuat dengan diri ni...:)
lama dah tak rasa cuti2 kat tepi pantai..makan2..mandi2..sembang2..atau mungkin sekali dah mustahil semua itu akan berulang dengan keadaan sekarang..namun yang paling penting, cuti yang boleh dikatakan agak lama ini sekurang2nya memberi ruang kepada diri kita untuk merenung segalanya~~terutamanya sikap kita..dan juga hubungan kita..mungkin bukan sahaja dengan manusia, namun hubungan kita dengan yang maha Esa sekali kan..
masa sibuk dengan kerja, tugasan, study atau dengan benda2 keduniaan yang lain kita mungkin terlupa dan teralpa dengan hubungan kita dengan-Nya..terleka???jangan tak mengaku pula, semua manusia ada sifat tu, cuma terpulang kepada diri kita sendiri untuk memninimakan sifat itu,..
apa2 pun, tak semestinya hal2 keduniaan ini tak penting, cuma kadangkala ramai yang tersalah anggap..pisahkan dunia dengan akhirat,pisahkan amal ibadat dengan perangai dan tabiat..padahal dua2 tu perlu seiring, sekata agar menemui jalan yang lurus.terpisahnya mereka..maka pincanglah hidup kita..
apa2 pun berbalik kepada cuti ni,bolehlah la kalau kita manfaatkan sepenuhnya, berkelah??melawat kawan2??melancong??semuanya best kan..apa yang penting matlamat cuti tu.jangan tersasar, seronok2 jugak, bala jangan diundang tau,hati2 dengan keseronokan dunia.~~hehe:)
selamat bercuti semua.kepada yang xcuti lagi, selamat menunggu..renung2kan, manfaatkan masa becuti dengan sepenuhnya,nanti bila da habis cuti jangan rasa menyesal pulak tak mengisinya dengan betul tau~:)

Saturday, November 13, 2010

kepedihan menempuhi perpisahan membuatkan aku takut untuk menikmati kebahagiaan yang hadir....

kenapa malam ni rasa macam nak sentimental lak...huhuhu...kebelakangan ni macam mals sikit nak update blog.. tambah2 exm week ni...rasa macam bersalah lak kat buku lau wat tak tau je kat mereka..hehe

perpisahan....
pada definisi hidup aku, perpisahan mengajar aku erti keperitan..kesakitan...keperihan...tiada yang menyeronokkan,..tiada yang menyenangkan...entahla..:(
kadangkala aku berfikir bersendirian..berdosakah untuk merasa sedih kepada satu perpisahan sedangkan perpisahan ni sebahagian daripada qada' dan qadar Nya..ketentuan dan takdir Dia yang maha berkuasa....namun., aku hanyalah manusia biasa..aku kalah dengan emosi aku sendiri.aku gagal menahan diri ini untuk merasa begitu tersiksa..dengan perpisahan yang berlaku..secara peribadinya.sudah banyak perpisahan yang aku alami..pelbagai cerita..benar..semua perpiasahan yang ku lalui penuh dengan penderitaan dan penyesalan dan aku akui sehingga sekarang masih ada...

kebahagiaan.
satu perkara yang begitu abstrak..dan yang paling tepat sukar digambarkan dengan kata2 apatah lagi disentuh..namun, yang aku tahu..kebahagiaan hadir apabila aku ketawa..riang,.gembira dan merasa tenang..tapi aku selalu mengingatkan diriku agar jangan terlalu berbahagia..bimbang kebahagiaan itu membunuh diriku sendiri..dan kenyataannya acapkali aku tersasar..bahagia sebelum tibanya waktu yang pasti.dan dengan itulah jua kekecewaan itu hadir.penderitaan itu menjengah....am i paranoid??cuma..bukankah jika dikaitkan kembali kebahgiaan ini merupakan qada' dan qadarNya jua..dan begitulah jua dengan perpisahan??cuma bezanya perpisahan itu satu yang menyedihkan dan bukan membuatkan kita riang dan ketawa...fikir2 kanlah...

yang pasti..kali ini perpisahan terjadi lagi..namun apa yang aku harapkan, aku menjadi lebih tabah untuk menerima segalanya..kententuan dan qada' dan qadarNya..hanya keredhaanNya impianku dan semoga pinjaman yang pernah diberikanNya akan sentiasa dinikmati oleh diri ini sekadar yang mampu dan dijauhkan diri ini daripada sifat riak dan takbur di atas segala kurniaanNya..Ya Allah..doaku agar Kau berikan seluruh kekuatan untuk semua hambaMu yang membaca tulisan ini agar kami lebih tabah dan kuat untuk menempuhi segalanya...

sesungguhnya..semoga kebahagiaan yang menjengah akan kekal dalam memperoleh syariat dan keredhaanMu..insya Allah kan??:)

Saturday, October 30, 2010

erti sebuah harapan...

alamak..study xagy, main fb n update blog je keje aku skunk...haha..
neway i seronok wif my life..(memang ayat nak m****s).. :P...


hari ni, i start my day dengan begitu seronk skali..kuar sarapan kot.hari2 cuti lak tu.memang mustahil sangat2 namun, lastly aku dapat buat juga...perkara ajaib ke 8 dalam dunia ni..


harapan..harapan..pernah aku terbaca motto hidup seorang budak..katanya semakin tinggi harapan, semakin besar kekecewaan..betul ke ah?? tapi tanpa harapan, hidup xkan bermatlamat..xkan bermakna..lepas tu, ada la kisah benar yang aku dapat tau dari seorang kenalan yang dirahsiakan identitnya di sini(macam hot je kan cite ni)..hehe..


dia suka sangat bagi menyandarkan harapan pada sesebuah peristiwa..means that dia tu suka taruh harapan la...pernah sekali tu dia jtuh hati kat seorang laki, and then nak dijadikan cerita dia pun taruh hati la kat laki tu..sebenarnya aku rasa la kan, salah laki tu jugak yang selalu tunjuk hint, bagi harapan kat perempuan tu..buat2 macam dia suka la kat perempuan tu,,..contohnya dia buat2 sembang, perhati dari jauh n macam2 lagila..habis tu macamna la permpuan tu x perasan n bagi harapan kat laki tu kan..tambah2 mereka tu asal dari temapat yang sama..bertambah2 la saham laki tu kat mata n hati perempuan tu..


tup2, dalam asyik perempuan tu dok syok2 jatuh cinta n taruh harapan syok2 kat laki tu, dengar2 kabar berita laki tu da couple ngan orang lain...adoyai....kesian perempuan tu..tapi berdasarkan cerita juga, perempuan tu mungkin bersalah gak disini,,,dalam masa laki tu tengah2 cuba nak rapat2 ngan perempuan tu(ni berdasarkan cerita perempuan tu, cerita sebenar tak tau la macamana)...perempuan ru wat2 jual mahal lak..dengan harapan budak laki tu akan cuba dekati dia dengan cara yang lebih romantik n gantleman lagi la kot..mana la nak tau ati orang kan..ni mcam kes jual mahal la ni kan..n then terlepas macam tu je..haha


jadi, remuklah harapan kasih perempuan tu,..berendam air mata darah la jugak..nasib baik darah xkuar ganti air mata sudah la..menangis la xberlagu si gadis tu..lama jugakla dia macam tu..sampai tengok muka, bahkan orang yang seiras dengan jejaka harapan n idaman dia tu..sedih yang amat dia boleh rasakan..kesian dia...


nak dijadikan cerita pulak, laki tu clash ngan makwe dia tu...n dengar cerita gak makwe dia yang tinggalkan dia..kesian laki tu..tapi bila da jadi macam tu perempuan tu dapat rasakan yang laki tu macam duk try2 balik ngan dia..


tapi..perempuan tu tak tau dengan apa yang patut dia sandarkan or respons dengan keadaan tu..takkan dia nak terima balik laki yang direject tu..or wat tak tau..dulu sapa suruh ko tinggalkan permpuan tu..pergilah kejar balik perempuan pujaan hati ko tu..ataupun try to be positive n bina harapan n tanggapan bahawa jodoh mereka memang ditakdirkan akan melalui jalan yang begitu..entahla..perempuan tu buntu..aku ni pun lagi la buntu..mungkin permpuan tu fobia kot..laki tu pernah ranapkan harapan dia..so dia setuju la ngan pepatah"semakin besar harapan, semakin besar kekecewaan"


neway, kesimpulanya, bagi aku, nak bina harapan tu boleh, cuma orng kata ukurla baju di badan sendiri kan..tapi kan, aku jugak berpendapat la..orang yang xberani bina harapan dalam hidup ni penakut..paranoid n xdapat terima kekecewaan...hidup just nak hepi je kan...pe yang penting, ingat...bagi saya..orang yang xberani menyimpan harpan adalah seorang yang penakut!!!!!!!!!

Friday, October 29, 2010

kawanku di uk..:)

alahai da malam dah...xstudy agy ni..asal bukak buku ngantuk..huhuhu..sungguh meletihkan untuk tido lagi..

tetiba ja rindu kat kawan2 yang jauh di mata dekat di ati ni..tambah2 bila ari khamis..sebab ari khamis la kami semua hang out,,balik kg n g pasar male...hehe.,nisa, rumate dya yana, kawan2 tesl yang lain n termasukla jua anep yang sangat sporting..macamana ah ampa kat luar negara tu ah?? aku kat dalam negara pun bagai nak rak nak balik tyme cuti, set2 mg gano la..huhuhu...

loni xleh doh la nk g lepak2 samo2,..nk tel kalu stress, nk g story cite2 perasanku n others..kalu lepok skali gak banyak benda laluh nk bual..tambah2 ngan nisa...kalu bual ngan dio xmake nasi xpo..berjam2 pun xpo...huhuhu...rindunya saat2 manis kau dan aku...haha...cheewah

seronok ke ah duk luar negara tu ek?? macam lama ja mereka nak balik..dalam fb pun jarang2 jumpa..busy kot..bila la aku nak terajin sat explore sal ym ni..boleh ushar2 mereka2 tu..neway, mereka p sana ramai2, hubungan antara mereka sendiri pun superb, jadi xda la aku nak bimbang sangat..mereka pun ok, pandai jaga diri~~:)..moga2 set2 mg hepi dnuh..remember me kat sini tau..:)..luv u all..this song is 4 u all..

Bila Terasa Rindu:

Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar
ubah2la sikitye untuk lebih feel..,,hehee...

study???

hari ni sungguh malas rasanya nak study...macamana ni...exam lagi 3ari..jammm tol..
kalau mengingatkan hari cuti memang best..tapi kalau memikirkan exam. study, kuliah...ya ampun~~

rasanya la kan, maybe masa spm dulu terlampau pulun(bahasa kedah)@sunggoh(bahsa besut)@besungguh2 sangat, skunk ni jadi ala kadar ja..entahla..

tapi ase seronok sangat lau ingat2 balik kenangan bersama2 ngan kawan2 kat sekolah dulu..main2, kacau orang, gaduh2, study, sembang, mengumpat..haha... dan macam2 lagi..sekolah la tempat mengajar ku jadi manusia..teringat lagi kenangan zaman form 1 yang sungguh blurr dan entah pe2...mungkin salah pilih jalan idup kot..neway, pengenalan dengan my bestfriend forever yang tengah study kat uiam sekarang ni memang satu rahmat..namun, alhamdulillah walaupun terpisah jauh...kami tetap kuat atur srategi masing2 lepas spm.. i know that i want to be a teacher n she know what kos yang dia suka..tapi 2 semua xkan pisahkan jiwa n hati kami..chewah...moga2 hubungan kami akan kekal hingga akhir hayat n i want u 2 know..i always pray 4 ur happiness n glad to have u in my life..:)..ema..

pepepun, pengenalan ngan kawan2 yang lain kat sek tu masa form 2 memang best gila..semua gila2 n masuk kepala,..xheran la kita semua jadi perhatian biro2 yang gila kuasa masa tu kan(jangan terasa ye,  sorang dua je tau, bukan semua..hehe) ...siap jadi perhatian lagi kan..hobi melalak n gelak n mengumpat..haha..sungguh aman duniaku ketika itu..i love al my friends..tambah2 plak masa tu aku terlibat ngan syarahan agama..lagi banyak memori indah, pahit, manis, luga(bahasa besut)..hehe..n i admit that aku boleh hadapi semua tu because of al my friends...

jadi, kesimpulannya,,,study n kawan2 ni meng xleh nak dipisahkan kan..moga2 bila da semua jauh2 n sibuk ngan dunia masing2 skunk ni,. study pun tetap study k..bukak buku semua, tahun ni da nak melabuhkan tirai da,,,next year bakal mensajikan anda dengan pelbagai hidangan best lagi nih...hehe..gudluck al my friends n gudluck our study..hehe:)

sungguh seronok bertemu masa reunion..:)..luv u all..yg tak masuk gambar ni jangan terasa ati lak ek..luv u all too(sapa suruh p main masa masuk gambar)..hahaha

Thursday, October 28, 2010

beli2!!! jom beli..

haaa.... kali ni saya rasa macam nak sambung berniaga balikla..
alang2 da pernah berniaga dulu kan..namun masih dalam perancangan...maybe bila da bersedia nanti...karpet merah untuk saya..haha:)

nak berniaga pa ah??
maybe saya nak jual :
1. kain tudung
2. kain pasang
3. baju kurung siap
4. biskut

haaa, 4 pun da cukup kot..insya Allah saya akan berjaya...positif gila ni..nantikan:)

Monday, October 25, 2010

smile always...:)

haha...lamanya nak update balik blog ni..mals nak bukak..haha...asyik2 memanjang ngan fb...almaklumla fb lebih popular...wawawa~~terlebey suda..hehe

banyak la events yang jadi sejak 2 menjak ni..xtau nak start kat mana...huhuhu..
tapi yang paling best p makan rfc ngan aimi n intan..makan tu besa2 ja..yang bestnya tayar kete kancil comel aimi tu terpancit la sudaa...hahaa...memang lawak tol~~naseb baek la da brader rfc tu tulun~~den xtau nak watpe dah~~ suspen..haha(yg sebenarnya xreti..)\..rugi xamek gambo masa tu..lau dak boleh upload kat sini..baru real kan..haha

macamana ni ah..dulu memang la saya ni suka ngan pengucapan awam ni...tapi sekarang~~?? saya pun da keliru...macamana ni..tension!!!! mud memang xdak...kena ada stimulus ni.baru bole laju sikit handle benda ni..tapi xpe, handle wif care kan..:)

malam ni rasa teringat sangat2 kat seseorang yang saya sebenarnya have to say gudbye....seriously, walaupun dan sampai sepuluh taun lebey, saya masih xdapat nak lupakan dia..Dia yang pergi~~jauh..tapi masih dekat di hati ini..pergi yang xkan kembali lagi...sedih???xnak2 xnak sedh2...i have to be strong..i have a lot of reason to keep smiling..my siblings..xspecially my 2 younger brothers..afiq n iwe.. i hope they will achieve kejayaan yang padu di dunia n akhirat nanti..n yang paling penting they will beriman padaMu ya Allah..

so kat sini, kepada sesiapa yang ada pengalaman n menghadapi ujian kehilangan seseorang, bersama2la kita bersabar...apa yang penting, perkara yang perlu disematkan di hati kita:

Surah A-Li ‘Imraan(ayat 186)  yang bermaksud “Demi sesungguhnya kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya kamu akan mendengar dari orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu… Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).

sabar2!!! thats the points tau~~

hayati lirik di bawah ni n sama2 la kita mengharapkan keredhaan n keberkatanNya tau~~:)

Fatamorgana

Artist: Hijjaz
Song Category: Nasyid
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah......
                    berdoala dengan khusyuk tau~~moga2 dirahmati selaloo

Wednesday, October 20, 2010

wow....my first post..hehe

salam...testing2... 1 2 3..haha
akhrnya my first post da berjaya direalisasikan...yeye...ada blog.
tapi aku masih duk cari2 lagi idea..nak tulis pa ah?? takpa la..lau orng lain bosan...aku sorunk2 la gamaknya duk baca aku punyer blog ni..

anyway...this is me..:)

meeeeeeee....

kat kafe sempat lagi posing tau...hehe

malam ni ngantuk la sangat2..tapi memang bestla malam tadi..konsert nasyid gempak gila.teringat zaman2 muda dulu..haha...zaman sekolah2 dulu..lagu nasyid memang pujaan la..sekarang jiwa lari sikit kot..hehe..tapi dalam hati still i yang dulu tau,,,
hehee
 okla..sok nak cite banyak2 ni..rlx2...p tdoq..sok blh bangun awal2 p jogging..jogging???? insyaAllah~~
nyte suma:)