Sunday, June 26, 2011

exam ke result yg penting!!!!!:D

Exam is over!!!!!!!!!!!!!...tu akhir sem lepas, bukan main hepi giler...rasa nak terbang ada,. ye la, setelah 2minggu ber'kahwin' dengan pelbagai buku yang berbagai bahasa dan jenis tu rasa nak pitam pun ada..so, bila exam last paper tu rasa hepi giler2...cuti, balik rumah.rehat secukupnya sampai xingat dunia...haha...SERONOK tau~~:)
Bila cuti over ja rasa xkeruan..RESULT lak datang mengganggu...cuak la, takut la..macam2..lebih kurang ja dengan rasa masa nak exam tu..adusss..exam ngan nak amik result ni memang sama la dia punya keDEBARAN HATI ni..takut sangat2 sampai xleh nak jalan..lutut rasa lembik, caya x??xcaya pun kena caya la na sebb ni saya punya cerita..haha
And..... mentor bagi jugak result...dup2
dup2........
dup2........
dup2........
dup2........
dup2........
dup2........
dup2........
dup2........
 dup2........
dup2........
dup2.........

Akhirnya,..dapat la jugak result tu..alhamdulillah, okla, lulus, boleh sambung pengajian,. neway, walaupun xsetinggi mereka yang lain, result kali ni aku rasa agak bermakna sikit. ye lah, nak exam tu UJIAN BESAR melanda diri ini, dan syukur Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani hambaNya,..tatkala aku lemah, down gila, ada insan yang sudi menghiburkan hati yang duka ini...cheeewaaahhhh...haha..

Apa taknya,..kali ni Ibu sangat best gile2, kalau dapat result rendah jugak tu memang nak kena sekeh la aku ni.. tu yang aku pulun2 study gak tu, sebb memikirkan betapa prihatin n baiknya Ibu aku ni..rasa dimanja lak..hehe...BAHAGIA~~jangan jeles ye..
Ok, meh nak kongsi la sikit al-kisah nak exam ni..
CHICKEN CHOP...ibu mai amik aku, ifah, paah n kirah kat rumah, then kami main masak2~~ at last nya..tadaaaa...
chicken chop...best woo,..made by us~~:D    
ha, da kenyang2 p jalan2..ala, kat tesco ja, tapi tetap okla,..duk terperuk kat rumah tu, sekali sekala kuar best la jugak kan..kesian Ibu, bimbangkan kami, xbalik2 rumah..anyway tq Ibu sbb sangat prihatin n Faiz jadi bodyguard...rasa ber'kuasa' gila..haha(gelak jahat)...
ni lak gambar afiq, anak Ibu, comelkan..dia tengah me'nembak' Faiz...haha
Oklah, keesokan harinya, p pasar lak..pisang punya pasal..yg bestnya, balik tu ibu belaja nasi lemak + roti canai..rasa serba salah pulak ngan Ibu sebb aku ngan Ifah p teman dia ja, bukan wat apa pun..tapi Ibu memang terbaik la, best gila..aku yang berpantang nasi lemak selama ni kira 'belasah' jugak la..dahla dapat nasi lemak special, sotong ada telur..sedap tau, rasanya smua wajib cuba, kurang2 pun sekali seumur hidup pun kira nikmat gila...woooooo, sedap..rasa nak pengsan teringat balik tau,,nyum2...
lebih kurang macam ni la nasi lemak tu, lupa nak amik gambar kan, tapi xpa, yang penting rasa tu masih di ingatan...xrugi langgar pantang kan..sotong aritu lagi besar + enak dari yang ni tau..
Selain daripada ini, manyak lagi jasa Ibu kat aku n my friend..dah lama aku xrasa bahagia macam ni..apa2 pun, TERIMA KASIH IBU...jasamu kan ku kenang selalooooo.. :D


Terbalik lak kan gambar ni,,xpela, yg penting nampak..ni lah ibu, gambar ni di ambil masa raya tahun lepas kot..(*_*) SMILE!!!
me, Ibu n my friends,,,...:D





Wednesday, June 15, 2011

masa depan....

lamanya xupdate blog..kadangkala bukan malas, cuma xda masa..lau ada masa pun banyak masalahnya..macam2 kan...malam ni rasa dah matang gielr biler cakap pasal topik MASA DEPAN ni...dulu, masa belum masuk maktab n lebih tepat lagi selepas habis spm rasa nak sangat2 masuk depan..ye lah, ramai yang kata masuk maktb ni MASA DEPAN cerah, hidup senang...hakikatnya, senang ke??bagi kawan2 yang turut sama berada di maktb ni, tepuk dada tanya selera beb..hehe

MASA DEPAN??sapa yang boleh tentukannya,...kita merancang,tapi yang pasti Allah yang menentukan segalanya..tapi kan, perasan tak yang MASA DEPAN ni amat berkait rapat dengan cita2 kita, apa yang kita nak jadi.tapi, dua benda ni tak berkadar terus jugak kadangkala, ye lah, kalau cita2 kita tu terlaksana, tak semsetinya MASA DEPAN kita cerah..dan kadangkala kita tak sedar apa yang kita kejar kerana terlalu alpa dengan nikmat sementara nya sahaja...semalam aku tertarik dengan kata2 tokoh yang aku kagumi, Tun Dr Mahathir Mohammad,...walaupun kenyataannya begitu ringkas tentang sistem politik pas, namun mesej yang disampaikan cukup berisi.."dalam perjuangan kita tidak boleh terlalu taksub dengan sesuatu, kita akan mengejarnya dan melupakan prinsip yang sebenar"..

jadi, rasanya kata2nya ini merupakan peringatan kepada kita semua yang kebahagiaan yang kita kejar mestilah jelas, berprinsip, dan kita mestilah sentiasa tegas dengannya dan jangan disebabkan oleh nikmat sementara kita terleka dan mudah mengikut kata2 terpengaruh dengan orng lain...oleh itu,tiada sapa yang dapat menentukan MASA DEPAN kita melainkan diri kita sendiri, apa yang kita cita2kan merupakan penanda aras namun ia sepatutnya jelas dan kita jangan hanya bercita2 dengan cita2 yang tidak realistik, tinggi itu perlu, namun kita harus sedar, semakin tinggi harapan, semakin besar kekecewaan, .jadi kita sepatutnya perlu bersedia dengan risiko yang akan kita hadapi...tak semua mimpi indah dan segala nikmatnya adalah pinjaman, apabila Dia nak ambil kembali, we just kena redha..take time, takpe, asalkan kita sedar,"daripadanya kita datang, kepadaNya kita kembali"....

anyway, hari ni memang best, celebrating simple bufday wif my bff...bestfriend ok...hehe...KU KASMAWATI KU DERAMAN..without u, i'm nothing..thank u 4 cheering my life:)..nanti ur bufday kita celebrate skali k...have a nice day, n before that, satu pegangan kata2 yang boleh menguatkan kita semua~~Allah xkan bagi ujian yang kita tak mampu hadapinnya, Dia xpernah zalim kepada hambaNya, oleh itu, bila kita rasa ada ujian besar yang menimpa kita, ukirlah senyuman n redhakan hati kerana sesungguhnya Dia tahu apa yang terbaik untuk kita dan Dia juga pernah berfirman: "“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216) :D

Sunday, April 17, 2011

pertemuan...sahabat..:)



lamanya xupdate blog, mud payah benor nak mai..

ha, pidato intergriti piala menteri pelajaran da lepas dah, punyalah seksa...mujurlah kawan merangkap mentor terbaikku, ABDUL SHARIL HAZRI krana dengan sabarnya membantu,. mujur xmerotan ja lagi..huhuhu...haru2...sebelum bertanding aku rasa kost gila, tambah2 ngan msalah yang dirahsiakan lagi dari pengetahuan sahabat baikku...semoga dia da habis exam baru dia baca update blog ni~~~~:)

pertemuan dengan ramai shabat baru membuatkan keseronokan datang~~waaah....kecoh gitu, semua sporting:)...best gila..tambah2 lagi student dari maktab ipsah n i4p..semua happening..rasa xnak balik lak bila jumpa mereka...

nilah gambar geng2 utara yg gempak..best,.ipda+ipsah+i4p
ha, dalam duk hepi2 jumpa ramai orng kat sana memang xleh blah bila i nangis kat sana..nangis sebab dapat masuk final walaupun tu sebenarnya impian ramai orng..n impian aku juga(kalau teks kedua tu wujud)..haha..memangla takut, anyway semangat dari semua menguatkan aku n kita redah ja...sanggup malu atau buat yang terbaik??mestilah buat yang terbaik kan..walaupun menggunkan teks lama yang telah diedit oleh juru teks terbaik, n skali lagi, terima kasih to ABDUL SHAHRIL HAZRI kerana sudi MEMBUAT TEKS kedua untuk meletakkan diri ku sebaris dengan finalist yang lain..macam AKADEMI FANTASIA lak kan..hehe

dinner yang xbest...huhu..pedas2...lagipun baru lepas nanges..ches..haha

bekat air mata itulah kot yang melancarkan percakapanku..walaupun tersekat2 jugak la kan..hehehe...at least xmalukan..hehe:)

ni dia gambr2 di saat akhir kat sana., cheewah..~~:)..love u all...

razan, sarah, aku n kak gg...sweet memory dengan kamu semua:)

me wif wakil dari ipg kampus sarawak~~kelate mari nih~~hehe

mentor merangkap saudara penyokong kuatku~~sharil.~~

yeah~~selesai 4 this year:)..alhamdulillah...












Wednesday, January 5, 2011

peliknya dia...

tahun baru, azam baru,,,..orang sama, perangai pun sama..
peningkan kalau memikirkan perangai manusia ni, kadang2 nampak ceria, gembira, seronok sangat,..tapi bila datang 'mood' datang bulan dia tu alamak masalah betul..laki ke perempuan ke, semua sama..angin barat pantai selatan dah beralun dah kan..biarlah, asalkan jangan jejaskan mood kita dah la kan,,..

kadang2 keliru juga dengan perangai manusia ni, nak buat reaksi macamana pun tak pastilah.mungkin silent is better kan..maybe..

bila dia dah buat perangai macam tu, tetiba je jadi konfius kan...mungkin betul dia bukan serius dengan aku, just menghiburkan hatinya ja..or mungkin just to make a joke..kurang ajarnya joke macam ni kan...rasa terus hilang mood nak tulis panjang2 kat sini..apa yang diharpkan agar Allah bukakkan hati ini dengan  segala cahaya yang menyuluh ke arah kebenaran...biarlah cintaku kepadaMu membawa aku kearah cintanya kepadaMu...
gudnyte semua:)

Tuesday, January 4, 2011

Duka 3 tahun lalu~~
Alamak cerita pasal luka la pulak kan..hehe..takpelah…kadang2 kena gak dengar cite sedih2 ni..satu frasa yang saya pernah dengar pasal kedukaan dan air mata: “kadangkala kita perlu menangis untuk menyedari yang dunia ini bukan semata2 untuk bergembira…dan kadangkala kita juga perlu ketawa untuk mennyedari betapa berharganya setitis air mata”~~~wow…sama2 kita renungkan ye…J
3tahun dulu ada la sorang kawan saya tu..dia seorang gadis yang periang, happy go lucky n sangat bersemangat dalam hidupnya walaupun hidup dan dunia yang dihadapinya tak seindah personalitinya..banyak kisah duka yang pernah terpalit di dasar hatinya..kehilangan mereka yang disayangi dalam usia yang begitu mentah semestinya member kesan psikologi dan emosi yang amat dasyat kepada gadis itu..namun baginya orang2 disekelilingnya adalah segalanya…dia begitu menyayangi semua orang di sekelilingnya..kawan2..adik beradik…guru2..lebih kurang semua orang la dia sayang..namun dia sedar, setelah satu peristiwa yang sebenarnya indah telah membawa perubahan yang agak mendadak kepada perspektif hidup sang gadis tu..kesian??mungkin tak sebab tanpa disedari peristiwa itulah yang membawanya kea rah kematangan hidup yang lebih abadi..namun dia sudah hilang satu semangat..semangat untuk mempercayai dan menyayangi semua orang di sekelilingnya…
Pendek kata..peristiwa duka 3 tahun lalu telah mengeheret sang gadis tersebut kepada satu perubahan besar..terutama hatinya..sensitif sangat..sampai sekarang..dan dia seboleh-bolehnya akan menjauhkan dirinya daripada mereka yang cuba mengambil berat tentangnya…bukan rimas…Cuma serik..fobia mungkin..
Ha…punylah panjang intro sekarang ni kita baru nak masuk bab peristiwa luka 3 tahun lalu tu…tapi sapa gadis tu terpaksalah dirahsiakan..tak perlulah kita tahu sapa dia..Cuma marilah kita bersama2 berkongsi tentang dirinya..
Januari 2008 (3 tahun lepas)~~
  Masa zaman tu biasalah bdak2 baru dapat fon..seronok la sangat2 gadis tu.nak dipendekkan cerita banyakla mesej2 daripada no2 yang tak dikenali menghulurkan salam perkenalan..namun gadis tu malas lak nak layan..dia wat tak tau je..jual mahal la konon..padahal nak jimat kredit..satu hri tu ada la satu no yang mesej benda yang sama la..nak berkenalan..tapi macam biasala..gadis tu bolayan lagi..namun selang 2 3 hari ada lagi mesej dari laki tu…siap merayu2 lagi suruh gadis tu balas..ada ayat tolonglah balas tu kira merayu la kan??ke tak??entahlah..hehe…
Menurut gadis tu juga dia tak layan mesej tu sehinggalah satu hari tu masa gadis tu tengah layan drama fullhouse yang sememangnya jiwang tu(untuk menambahkan perisa kesedapan membaca), no tu naik di skrin…alamak bila mesej tak dibalas dia telefon la pulak n lastly gadis tu decide untuk angkat gak font u..oh…dia kenal baik dengan lelaki ituJ n bermulalah hari itu tiap2 hari si gadis dan pemilik no tersebut mula bermesej2…dan meniupkan sesuatu rasa yang sukar diterjermah oleh gadis itu..oleh disebabkan cerita ini datangnya dari si gadis itu sahaja, jadi tak taula apa perasaan si teruna yang menjadi pemilik no tersebut..mungkin just friend..mereka gila bermesej sampai kadang2 gadis tu cerita di tertidur dengan tangan mengengam telefon dan jari masih di keypad..bayangkanlah betapa lama dan ralitnya mereka bermesej sehingga jadi macam tu sekali..kadang2 pukul 2 3 pagi



baru tidur..semata2 bermesj..bersembang…topic??menurut gadis tu macam2 mereka bualkan sehingga kadngkala melalut berpanjangan hilang hujung pangkal~~
Hinggalah ke satu tempoh yang agak lama,dan dalam tempoh tersebut mereka ada la gaduh2 namun tak da la teruk..budak2..biasalahkan..:), laki tu terpaksa ke suatu tempat yang menyebabkan laki tu tak boleh bawak fon n mereka tak boleh berhubung..so sedihla si gadis tu..neway sebelum pergi tu, mereka sempat lagi mesej ucap selamat tinggal dan laki tu ada la kata untuk menyambung balik hubungan bermesej2 tu lepas balik dari tempat tu..jadi ditakdirkan masa tu si gadis tu sangat2xda keje nak buat..laki tu je lah jadi tempat pengubat kesunyiannya…so sepanjang laki tu pergi, si gadis itu akan bangun tidur dan buat macam biasa…..setia menunggu laki tersebut balik dan sentiasa setia dengan telefonya..kerana itulah cara dia melepaskan kerinduaannya~~ada harapan yang disimpan disini setelah si gadis tersebut merasakan ada harpan yang diberi…menunggulah gadis tersebut membilang hari demi hari menanti dengan penuh sabar mesej dari lelaki tersebut..begitulah hari2 gadis tersebut sehingga berlarutan ke beberapa minggu..dan bulan..tak ada la sampai bertahun namun sesaat pun dirasakan seribu tahun…byangkan kesiksaan yang dialami oleh gadis tersbut…namun orang kata.: “perpisahanlah yang mengajar erti kerinduaan dan kerinduaan itulah yang menguatkan lagi rasa…..”,…benar!!!fikir gadis tersebut…tempoh itu juga gagal merobohkan kesetiaan gadis tersebut.,walaupun ada yang cuba masuk line semasa ‘ketiadaan’ lelaki itu, dia tetap setia…setia mengukirkan nama lelaki itu di lubuk hatinya..jauh dalam….
Akhirnya tarikh yang ditunggu2 pun tiba..si dia pun mesej yang dia pulang namun tak dapat memanjangkan perbualan sebab ada kerja dan berjanji yang dia akan menghubungu si gadis tersebut pada malamnya..menantilah si gadis tersebut..sehingga di tidak sedar bila dia terlelap dan fajar menyinsing…tersedar dari tidur, terus dia memeriksa telefonya...namun tiada apa2 notification di skrin telefonya itu..namn dia cuba berfikiran positif..mengubati hati sendiri yang lara…mungkin dia sbuk..kan baru balik~~takpalah..tunggulah lagi.. 2 3 hari dia menunggu~~namun masih sepi…akhirnya dia yang mengambil keputusan untuk menghubungi lelaki tersebut..pagi di mesej…lambat dan malas sahaja ayat balasannya..hatinya sudah sedia resah bertambah berkecamuk..jantungnya berdegup kencang~~~~
……………………….. sampai sekarang gadis itu masih tertanya2…mengapa dia begitu senang menyerahkan sepenuh hatinya buat lelaki tersebut sehingga kesannya sekarang jiwanya terbang melayang bersama2 dengan ‘hadiah kepulangan’ dari lelaki tersebut..ingin sekali gadis itu bersemuka dengan lelaki tersebut..bertanyakan…inikan balasan kesetiaan, penantian dan harapan yang disulamnya..hanya ucapan ‘terima kasih’ sahaja yang mampu diberikan ke atas perubahan mendadak yang dihadiahkan oleh lelaki tersebut…kedinginan,,…kebosanan dan  sahaja yang dirasakan oleh gadis tersebut setelah lelaki tu pulang…~ku harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari~ucap gadis tersebt..meluahkan apa yang dirasakan kepada diri ini..sayu??yup!!....
Jun 2008
Si gadis membatalkan niatnya untuk menyambungkan pelajarannya di tempat yang sama dengan lelaki itu..pertemuan buat masa yang begitu dekat bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik…walaupun tempat tersebut menjadi idamannya sejak dulu..dia mengambil keputusan drastic..tanpa berfikir panjang…dia perlu di jauhi..
Akhir 2009
Persoalan terjawab…he has someone selepas balik dari tempat tu.. “he did’nt need me anymore at that time., I’m useless, i.m nothing for him anymore”kata gadis tersebut..mungkin inilah kenyataan yang harus ditelan atas balasan memberikan sepenuh hatinya kepada lelaki tersebut..
Akhir 2010
Tepat jangkaan gadis tersebut..sapa yang dipilih oleh lelaki tersebut adalah sudah menjadi jangkaannya… “best woman win n she is the looser”~~
Namun si gadis tersebut mengadu lagi….mengkhabarkan bahawa hubungan lelaki tersebut dengan gadis pilihannya berakhir begitu sahaja…gadis pilihan lelaki tersebut tdak menyintai lelaki tersebut~~meninggalkan lelaki tersebut sama macam lelaki tu meninggalkan gadis tersebut dulu???entahlah hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya…
AWAL TAHUN 2011
3tahun da berlalu kan.... 
Pesanan sang gadis ini juga, biarlah kisahnya ini menjadi pengajaran kepada semua..kalau diberi harapan..diubati kelukaan janganlah mudah mengalah..lawanlah perasaan tersebut..insyaA llah Dia tahu apa yang terbaik unutk hamba2Nya..Dia takkan memberikan ujian yang tidak mampi ditanggung oleh hamba2Nya..percayalah..Dia tak pernah zalim malah ujian yang datang itu ada hikmahnya…sedar atau tak..bergantung pada diri kita sendiri..
Sebelum berakhirnya tulisan panjang ini mesti ramai tertanya2 kan..apa perasaan sang gadis tu sekarang~~hatinya sudah remuk..kekecewaan yang dialami dulu masih belum diubati sampai sekarang dan dia masih dalam proses mengubati lukanya dan kisah perpisahan lelaki tersebut masih belum dibawa masuk kedalam cerebrumya..belum melalui sistem sarafnya dengan lengkap..tersekat di ‘afferent neurons’ dan masih belum diterima oleh otak…apatah lagi ‘efferent neurons’ nya..so tiada kesimpulan khusus yang dapat dibuat oleh yang mendengar ini…Cuma dia kata lagu Siti Sarah, ~Saat Hilang Cintamu ~ sangat menusuk hatinya…jom kita semua cari..hayati lagu tersebut..mungkin betul kot…lagu tu kena betul dengan kisah ini!!!!!!~~~~~~
Ok..buybe semua


Thursday, November 25, 2010

erti cuti~~

alahai...bila da cuti ni xtau pula nak buat apa...asyik makan, tidur, tgk tv je...macam tak ada aktiviti lain kan~~huhu..namun kan, tanpa sedar semua ni la aktiviti yang menjadi impian masa duk tgah study, nak exam..tapi bila tiba saatnya,macam bosan lak..
tapi rasanya tak ada la bosan sangat kan..sekurang2nya saya dekat dengan family,10orang insan yang mempunyai ikatan kuat dengan diri ni...:)
lama dah tak rasa cuti2 kat tepi pantai..makan2..mandi2..sembang2..atau mungkin sekali dah mustahil semua itu akan berulang dengan keadaan sekarang..namun yang paling penting, cuti yang boleh dikatakan agak lama ini sekurang2nya memberi ruang kepada diri kita untuk merenung segalanya~~terutamanya sikap kita..dan juga hubungan kita..mungkin bukan sahaja dengan manusia, namun hubungan kita dengan yang maha Esa sekali kan..
masa sibuk dengan kerja, tugasan, study atau dengan benda2 keduniaan yang lain kita mungkin terlupa dan teralpa dengan hubungan kita dengan-Nya..terleka???jangan tak mengaku pula, semua manusia ada sifat tu, cuma terpulang kepada diri kita sendiri untuk memninimakan sifat itu,..
apa2 pun, tak semestinya hal2 keduniaan ini tak penting, cuma kadangkala ramai yang tersalah anggap..pisahkan dunia dengan akhirat,pisahkan amal ibadat dengan perangai dan tabiat..padahal dua2 tu perlu seiring, sekata agar menemui jalan yang lurus.terpisahnya mereka..maka pincanglah hidup kita..
apa2 pun berbalik kepada cuti ni,bolehlah la kalau kita manfaatkan sepenuhnya, berkelah??melawat kawan2??melancong??semuanya best kan..apa yang penting matlamat cuti tu.jangan tersasar, seronok2 jugak, bala jangan diundang tau,hati2 dengan keseronokan dunia.~~hehe:)
selamat bercuti semua.kepada yang xcuti lagi, selamat menunggu..renung2kan, manfaatkan masa becuti dengan sepenuhnya,nanti bila da habis cuti jangan rasa menyesal pulak tak mengisinya dengan betul tau~:)

Saturday, November 13, 2010

kepedihan menempuhi perpisahan membuatkan aku takut untuk menikmati kebahagiaan yang hadir....

kenapa malam ni rasa macam nak sentimental lak...huhuhu...kebelakangan ni macam mals sikit nak update blog.. tambah2 exm week ni...rasa macam bersalah lak kat buku lau wat tak tau je kat mereka..hehe

perpisahan....
pada definisi hidup aku, perpisahan mengajar aku erti keperitan..kesakitan...keperihan...tiada yang menyeronokkan,..tiada yang menyenangkan...entahla..:(
kadangkala aku berfikir bersendirian..berdosakah untuk merasa sedih kepada satu perpisahan sedangkan perpisahan ni sebahagian daripada qada' dan qadar Nya..ketentuan dan takdir Dia yang maha berkuasa....namun., aku hanyalah manusia biasa..aku kalah dengan emosi aku sendiri.aku gagal menahan diri ini untuk merasa begitu tersiksa..dengan perpisahan yang berlaku..secara peribadinya.sudah banyak perpisahan yang aku alami..pelbagai cerita..benar..semua perpiasahan yang ku lalui penuh dengan penderitaan dan penyesalan dan aku akui sehingga sekarang masih ada...

kebahagiaan.
satu perkara yang begitu abstrak..dan yang paling tepat sukar digambarkan dengan kata2 apatah lagi disentuh..namun, yang aku tahu..kebahagiaan hadir apabila aku ketawa..riang,.gembira dan merasa tenang..tapi aku selalu mengingatkan diriku agar jangan terlalu berbahagia..bimbang kebahagiaan itu membunuh diriku sendiri..dan kenyataannya acapkali aku tersasar..bahagia sebelum tibanya waktu yang pasti.dan dengan itulah jua kekecewaan itu hadir.penderitaan itu menjengah....am i paranoid??cuma..bukankah jika dikaitkan kembali kebahgiaan ini merupakan qada' dan qadarNya jua..dan begitulah jua dengan perpisahan??cuma bezanya perpisahan itu satu yang menyedihkan dan bukan membuatkan kita riang dan ketawa...fikir2 kanlah...

yang pasti..kali ini perpisahan terjadi lagi..namun apa yang aku harapkan, aku menjadi lebih tabah untuk menerima segalanya..kententuan dan qada' dan qadarNya..hanya keredhaanNya impianku dan semoga pinjaman yang pernah diberikanNya akan sentiasa dinikmati oleh diri ini sekadar yang mampu dan dijauhkan diri ini daripada sifat riak dan takbur di atas segala kurniaanNya..Ya Allah..doaku agar Kau berikan seluruh kekuatan untuk semua hambaMu yang membaca tulisan ini agar kami lebih tabah dan kuat untuk menempuhi segalanya...

sesungguhnya..semoga kebahagiaan yang menjengah akan kekal dalam memperoleh syariat dan keredhaanMu..insya Allah kan??:)