Thursday, November 25, 2010

erti cuti~~

alahai...bila da cuti ni xtau pula nak buat apa...asyik makan, tidur, tgk tv je...macam tak ada aktiviti lain kan~~huhu..namun kan, tanpa sedar semua ni la aktiviti yang menjadi impian masa duk tgah study, nak exam..tapi bila tiba saatnya,macam bosan lak..
tapi rasanya tak ada la bosan sangat kan..sekurang2nya saya dekat dengan family,10orang insan yang mempunyai ikatan kuat dengan diri ni...:)
lama dah tak rasa cuti2 kat tepi pantai..makan2..mandi2..sembang2..atau mungkin sekali dah mustahil semua itu akan berulang dengan keadaan sekarang..namun yang paling penting, cuti yang boleh dikatakan agak lama ini sekurang2nya memberi ruang kepada diri kita untuk merenung segalanya~~terutamanya sikap kita..dan juga hubungan kita..mungkin bukan sahaja dengan manusia, namun hubungan kita dengan yang maha Esa sekali kan..
masa sibuk dengan kerja, tugasan, study atau dengan benda2 keduniaan yang lain kita mungkin terlupa dan teralpa dengan hubungan kita dengan-Nya..terleka???jangan tak mengaku pula, semua manusia ada sifat tu, cuma terpulang kepada diri kita sendiri untuk memninimakan sifat itu,..
apa2 pun, tak semestinya hal2 keduniaan ini tak penting, cuma kadangkala ramai yang tersalah anggap..pisahkan dunia dengan akhirat,pisahkan amal ibadat dengan perangai dan tabiat..padahal dua2 tu perlu seiring, sekata agar menemui jalan yang lurus.terpisahnya mereka..maka pincanglah hidup kita..
apa2 pun berbalik kepada cuti ni,bolehlah la kalau kita manfaatkan sepenuhnya, berkelah??melawat kawan2??melancong??semuanya best kan..apa yang penting matlamat cuti tu.jangan tersasar, seronok2 jugak, bala jangan diundang tau,hati2 dengan keseronokan dunia.~~hehe:)
selamat bercuti semua.kepada yang xcuti lagi, selamat menunggu..renung2kan, manfaatkan masa becuti dengan sepenuhnya,nanti bila da habis cuti jangan rasa menyesal pulak tak mengisinya dengan betul tau~:)

Saturday, November 13, 2010

kepedihan menempuhi perpisahan membuatkan aku takut untuk menikmati kebahagiaan yang hadir....

kenapa malam ni rasa macam nak sentimental lak...huhuhu...kebelakangan ni macam mals sikit nak update blog.. tambah2 exm week ni...rasa macam bersalah lak kat buku lau wat tak tau je kat mereka..hehe

perpisahan....
pada definisi hidup aku, perpisahan mengajar aku erti keperitan..kesakitan...keperihan...tiada yang menyeronokkan,..tiada yang menyenangkan...entahla..:(
kadangkala aku berfikir bersendirian..berdosakah untuk merasa sedih kepada satu perpisahan sedangkan perpisahan ni sebahagian daripada qada' dan qadar Nya..ketentuan dan takdir Dia yang maha berkuasa....namun., aku hanyalah manusia biasa..aku kalah dengan emosi aku sendiri.aku gagal menahan diri ini untuk merasa begitu tersiksa..dengan perpisahan yang berlaku..secara peribadinya.sudah banyak perpisahan yang aku alami..pelbagai cerita..benar..semua perpiasahan yang ku lalui penuh dengan penderitaan dan penyesalan dan aku akui sehingga sekarang masih ada...

kebahagiaan.
satu perkara yang begitu abstrak..dan yang paling tepat sukar digambarkan dengan kata2 apatah lagi disentuh..namun, yang aku tahu..kebahagiaan hadir apabila aku ketawa..riang,.gembira dan merasa tenang..tapi aku selalu mengingatkan diriku agar jangan terlalu berbahagia..bimbang kebahagiaan itu membunuh diriku sendiri..dan kenyataannya acapkali aku tersasar..bahagia sebelum tibanya waktu yang pasti.dan dengan itulah jua kekecewaan itu hadir.penderitaan itu menjengah....am i paranoid??cuma..bukankah jika dikaitkan kembali kebahgiaan ini merupakan qada' dan qadarNya jua..dan begitulah jua dengan perpisahan??cuma bezanya perpisahan itu satu yang menyedihkan dan bukan membuatkan kita riang dan ketawa...fikir2 kanlah...

yang pasti..kali ini perpisahan terjadi lagi..namun apa yang aku harapkan, aku menjadi lebih tabah untuk menerima segalanya..kententuan dan qada' dan qadarNya..hanya keredhaanNya impianku dan semoga pinjaman yang pernah diberikanNya akan sentiasa dinikmati oleh diri ini sekadar yang mampu dan dijauhkan diri ini daripada sifat riak dan takbur di atas segala kurniaanNya..Ya Allah..doaku agar Kau berikan seluruh kekuatan untuk semua hambaMu yang membaca tulisan ini agar kami lebih tabah dan kuat untuk menempuhi segalanya...

sesungguhnya..semoga kebahagiaan yang menjengah akan kekal dalam memperoleh syariat dan keredhaanMu..insya Allah kan??:)